WAKTU PERKHIDMATAN

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

SABTU hingga SELASA
Jam 8.45 A.M hingga 5.00 P.M

RABU
Jam 8.45 A.M hingga 1.00 P.M

KHAMIS & JUMAAT
TUTUP

KELEPASAN AM
TUTUP

Sabtu, 21 Januari 2012

Membuat Kotak Origami dan Kad Kreatif

Aktiviti ini dimulakan pada jam 11.30 pagi dan tamat pada 12.30 tghari...

      2 orang pembaca membantu menggunting kertas




                                                                           Kotak Origami Piramid

Kad Kreatif Mawar Bertindik

    Peserta kecil dengan aktiviti masing-masing

Sabtu, 14 Januari 2012

Koleksi NAZAM sumber daripada Perpustakaan Negara Malaysia

  1. Contoh Teks Nazam Nabi Muhammad S.A.W
  2. Contoh Teks Nazam Pengajaran
  3. Contoh Teks Nazam Nabi Muhammad S.A.W
Nazam ialah sejenis puisi lama di mana setiap rangkap terdiri daripada dua baris. Ia adalah pengaruh daripada gaya syair Arab. Umumnya, nazam tidak begitu popular di kalangan orang Melayu, tetapi lebih biasa di kalangan alim ulama yang mencipta nazam sebagai puji-pujian khususnya terhadap para nabi. Ia merupakan sebagai kitab berzanji dalam bahasa Melayu.

(sumber : http://www.pnm.gov.my/manuskrip/melayu)


Kini, sesuai dengan budaya dan bahasa tempatan, nazam yang dulunya didendangkan di dalam bahasa URDU, telah di reka ke dalam bentuk Bahasa Melayu, anda boleh ikuti nazam yang didendangkan dalam Bahasa Melayu melalui video klip melalui laman web berikut :


http://www.youtube.com/watch?v=CJv9FOvIUw4


Menurut sumber lain lagi, NAZAM ialah satu bentuk hiburan istana orang Melaka semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu... Kini, ia telah menjadi acara tahunan di negeri Melaka anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka. Walaupun kebanyakan peserta pertandingan NAZAM di negeri Melaka adalah golongan remaja belia, namun pertandingan NAZAM juga turut dibuka untuk orang-orang dewasa yang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Namun begitu, ada sesetengah kumpulan orang dewasa menggunakan NAZAM untuk mendodoikan anak kecil.



NAZAM asli sangat enak didengar namun melalui kreativiti para pendendang lagu NAZAM, ia boleh dibawa dalam pelbagai cara bergantung kepada alat muzik yang dimainkan.

Artikel berkenaan NAZAM..



Sabtu, 7 Januari 2012

Permulaan Tahun Baru 2012 yang bersahaja...


 Dua beradik, Adik Wan Mohd Habiballah b. W. Mohd dan Adik Wan Masturina bt. Wan Mohd   bersama salah satu permainan edisi i-Play Tool Library....



   Dua sahabat karib, pengunjung setia PD, Adik Nor Faizah binti Zahari dan Adik Nor Atikah       binti Shamsudin, sedang menyelesaikan Silangkata Tajam Minda yang di perolehi daripada Majalah ASUH

Ahad, 1 Januari 2012

Koleksi Bahan Bacaan

* Semua koleksi buku di dalam PD ini disusun mengikut sistem DDC seperti yang banyak diamalkan di perpustakaan -perpustakaan awam yang lain. Sistem DDC atau lebih dikenali sebagai sistem perpuluhan Dewey mula digunakan sejak awal penubuhan perpustakaan ini lagi dan kekal hingga sekarang. Berikut adalah no pengkelasan untuk setiap tajuk perkara yang ada di dalam PD ini :-

000 - KARYA AM


100 - FALSAFAH


200 - AGAMA


300 - SAINS KEMASYARAKATAN


400 - BAHASA


500 - SAINS TULIN


600 - TEKNOLOGI


700 - KESENIAN


800 - KESUSASTERAAN


900 - GEOGRAFI DAN SEJARAH AM


"Walaubagaimanapun, proses pengkatalogan dan pengkelasan bahan bacaan tidak dilakukan di PD. Setiap PD menerima bahan bacaan yang telah siap di kelaskan dan hanya perlu menyusun bahan tersebut di rak selepas selesai melabel dan menampal kad poket di buku-buku tersebut"

Sudut IT @ perpustakaan desa

"Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau "Universal Service Provision (USP)" bertujuan menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet dan merapatkan jurang digital dan minda antara golongan kawasan bandar dan luar bandar ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang berilmu di negara ini dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ke arah pembentukan masyarakat berilmu menjelang tahun 2020."

"KTAK telah melaksanakan program USP pada tahun 2002 bawah Fasa I di negeri Sabah dan Sarawak, iaitu melibatkan sejumlah 220 buah sekolah, USP Fasa 2 (2003) meliputi 226 klinik dan perpustakaan desa manakala USP Fasa 4 (2004) merangkumi 498 klinik dan perpustakaan desa."

"Objektif program USP ini lebih tertumpu kepada penyediaan infrastruktur perkhidmatan rangkaian penghubung kepada komuniti luar dan dalam bandar seperti:-


  • Membangunkan kandungan pendidikan tempatan berasaskan web.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Menjalin hubungan komuniti tempatan.
  • Membina hubungan antara sekolah dengan sekolah lain melalui aktiviti berasaskan internet.
  • Menggalakkan budaya perkongsian maklumat dan amalan berkomunikasi.

Pintu Ke Pintu

" Perkhidmatan ini merupakan promosi Perpustakaan Desa kepada penduduk kampung dengan melawat dari rumah ke rumah penduduk yang berada dalam kawasan liputan perkhidmatan perpustakaan"

Aktiviti Galakan Membaca

" Aktiviti galakan membaca secara berjadual dan terancang perlu dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran secara berterusan. Kumpulan sasaran terbahagi kepada 3 iaitu Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa. Penerangan terperinci akan dibincang pada agenda aktiviti perpustakaan."

Pempakejan Maklumat

" Merupakan perkhidmatan yang menyenaraikan maklumat tentang sesuatu bidang atau perkara atau peristiwa. Sumber boleh diperolehi daripada keratan akhbar, risalah, brosur atau internet."

Kesedaran Semasa

" Perkhidmatan Kesedaran Semasa merupakan perkhidmatan yang menyenaraikan maklumat terkini kepada pengguna berdasarkan profil sesebuah masyarakat tersebut"

Rujukan

" Merupakan perkhidmatan rujukan yang disediakan meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat"

Pinjaman dan Pemulangan

  • Merupakan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan perpustakaan.
  • Perkhidmatan ini adalah nadi utama perkhidmatan perpustakaan dan ia amat penting kepada para pencinta buku dan mereka yang hobinya suka membaca.
  • Peminjam boleh meminjam maksimum 4 naskhah untuk 2 minggu. Walaubagaimanapun bergantung kepada permintaan dan tempat.
  • Selain buku, pembaca juga boleh meminjam bahan bacaan lain seperti majalah-majalah lama dan buku  buku teks rujukan bagi pelajar-pelajar sekolah.
  • Surat peringatan akan dikeluarkan atau petugas PD akan menghubungi peminjam melalui telefon, jika bahan pinjaman tersebut sudah melebihi tempoh pinjaman.
  • Denda akan dikenakan kepada kerosakan (yang teruk) dan kehilangan bahan yang dipinjam.

Keahlian Perpustakaan

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Keahlian adalah percuma
  • Setiap pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan PD perlu mendaftar sebagai ahli.
  • Keahlian tidak boleh dipindah milik atau dipinjam.
  • Dapatkan borang pendaftaran ahli di PD atau muat turun daripada laman blog ini.

Sejarah Penubuhan

Mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan mula beroperasi secara aktif pada tahun 2006 hinggalah sekarang...

Tiris oh Tiris